Anugerah dan pencalonan Inteam

Kumpulan In-Team ini mempunyai pencapaian yang bagus dari segi penciptaan albumnya iaitu peningkatan penarikan lagu kepada pendengar dari setiap ciptaan album ke album yang lain.

Kesemua album mereka telah mencapai Anugerah Platinum iaitu melebihi 25,000 unit. Album pertama mereka, Kasih Kekasih sahaja telah terjual sebanyak 80,000 unit.

Mereka juga telah menubuhkan syarikat In-Team Edutainment, kini dikenali sebagai Inteam Records Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat milik penuh Inteam. Setelah mereka menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records Sdn. Bhd. (HRSB), mereka telah merapatkan perkataan "Inteam" dengan membuang tanda sempang pada perkataan asalnya, "In-Team". Mereka juga telah mengeluarkan album yang berjudul Tiada Lagi Kasih pada tahun 2006 sebagai produk pertama Inteam di bawah pengurusan yang baharu. Album baharu ini dijangka mampu membuktikan kemampuan Inteam bergerak tanpa perlu tunjuk ajar lagi.

Kumpulan ini sekali lagi membuktikan kematangan dalam penghasilan album dan lagu, apabila album "Allahu Rabbi" dinobatkan sebagai Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-17 (AIM 17). Kemengan ini merupakan anugerah AIM yang pertama dimenangi oleh mereka setelah beberapa kali tercalon dalam kategori yang sama. Selain itu, kumpulan Inteam juga turut membawa pulang satu lagi trofi apabila lagu ciptaan Frizdan, "Dia Muhammad" turut diangkat sebagai Lagu Nasyid Terbaik AIM 17. Mereka juga turut membuktikan bahawa kualiti vokal semakin meningkat apabila lagu "Allahu Rabbi" turut tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu. Namun, mereka tewas kepada pasangan duet, Datuk Siti Nurhaliza & Krisdayanti menerusi lagu "Amarah".

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
TahunKategoriKarya TercalonAlbum / MaterialKeputusan
2001 (AIM8)Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam AlbumKasih KekasihDicalonkan
Album Nasyid TerbaikDicalonkan
2005 (AIM12)Album Nasyid TerbaikIn-Team ‘04Dicalonkan
2009 (AIM16)Lagu Nasyid Terbaik"Kemuliaan Al-Quran"Kemuliaan Al-QuranDicalonkan
2010 (AIM17)Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu"Allahu Rabbi"Allahu RabbiDicalonkan
Lagu Nasyid TerbaikDicalonkan
"Dia Muhammad"Menang
Lagu TerbaikDicalonkan
Album Nasyid TerbaikMenang
Album TerbaikDicalonkan
2011 (AIM18)Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu"Salamun Salam 2"Dicalonkan
Lagu Nasyid Terbaik"Bebas Palestin" (bersama Rabbani, Saujana & NowSeeHeart)Dicalonkan
2013 (AIM20)Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu"Syafaatmu"Iman & AmanDicalonkan
Lagu Nasyid Terbaik"Zikir Susah Senang"Dicalonkan